Ya Allah…!! Itulah Yang Di Katakan Berpantang Maut Sebelum Ajal…Akhirnya Lelaki Ini..

PENUNGGANG motosikal terselamat walaupun terpelosok bawah bas persiaran dalam kemalangan di Jalan Bypass berhampiran Taman Muhibbah, Port Dickson, hari ini.

Dalam kejadian 12.10 tengah hari itu, V Manimaran, 27, yang menunggang Honda EX5 cedera di betis kanan selepas tertusuk besi tongkat motosikal.

 

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Port Dickson S Maniam berkata, bomba menerima panggilan kecemasan pada 12.18 tengah hari sebelum bergegas ke lokasi.

Beliau berkata, bomba terpaksa menggunakan peralatan hidrolik untuk memotong besi tongkat motosikal dan mengeluarkan mangsa yang tersepit bawah bas.

“Kami mengambil masa kira-kira sejam sebelum menyelamatkan mangsa. Mangsa dihantar ke Hospital Port Dickson untuk rawatan lanjut,” katanya.

Katanya, kejadian dipercayai berlaku ketika mangsa mahu ke jalan besar sebelum bertembung bas yang masuk ke simpang.

“Mangsa cedera di badan manakala pemandu bas tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya.

 

sumber

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *