Akhirnya..!!! Dua Lagi Sudah Dikenal Pasti Selepas Sofi Jikan..Rupa-rupanya 2 lagi Adalah Artis 90-an!

Dua lagi dikenal pasti selepas Sofi Jikan…

POLIS sudah mengenal pasti identiti dua lagi individu, yang disyaki terbabit dalam penyalahgunaan dadah bersama pelakon Sofi Jikan seperti yang didedahkan pelakon Datuk Farid Kamil, sebelum ini.

Sofi Jikan, atau Mohamad Shoffi Jikan, 48, ditahan di Balai Polis Mutiara Damansara, 11 malam tadi, selepas beliau hadir memberi keterangan berhubung laporan polis yang dibuat Farid pada 31 Januari lalu.

 

 

Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Datuk Kang Chez Chiang berkata, pada masa ini dua lagi individu yang dinyatakan oleh Farid sudah menyatakan kesediaan untuk tampil membantu siasatan.

 

 

“Pelakon Sofi Jikan ditahan semasa dia tampil memberikan keterangan selepas didapati positif dadah dan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Petaling Jaya, untuk perintah reman.

“Pada masa ini saya tidak dapat mendedahkan identiti dua lagi individu sehingga mereka tampil membantu siasatan,” katanya ketika dihubungi sebentar tadi.

Katanya, siasatan terhadap Sofi Jikan yang disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya, 1952 serta dua lagi individu terbabit dilakukan oleh Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya.

Artis 90-an rupanya…

 

POLIS akan menjalankan prosedur sama ke atas dua lagi artis yang sudah dipanggil bagi memberikan keterangan berhubung laporan yang dibuat oleh pelakon Datuk Farid Kamil.

Kedua-dua mereka berusia 40-an dan masing-masing adalah ahli kumpulan nasyid dan anggota sebuah kumpulan R&B yang popular sekitar 90-an, sudah dimaklumkan akan diambil keterangan sejak beberapa hari lalu.

 

 

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din, berkata pihaknya akan menjalankan ujian air kencing ke atas kedua-dua mereka sekiranya perlu.

 

“Sama seperti prosedur yang dilakukan ke atas pelakon Sofi Jikan yang ditahan malam semalam, kita akan lakukan pemeriksaan air kencing.

“Pada masa ini pihak kami masih lagi menunggu kehadiran mereka bagi melengkapkan siasatan,” katanya ketika dihubungi petang tadi.

Malam semalam, Sofi Jikan atau Mohamad Shoffi Jikan, 48, ditahan di Balai Polis Mutiara Damansara pada 11 malam, selepas hadir memberi keterangan berhubung laporan polis yang dibuat Datuk Farid Kamil pada 31 Januari lalu.

Sebaik percakapannya dirakamkan, pihak polis kemudian turut menjalankan ujian air kencing terhadap pelakon itu dan mendapati dia positif mengambil dadah jenis ganja.

Pada 31 Januari lalu, Farid Kamil mengadu bahawa tiga rakan artis memasukkan dadah ke dalam minuman tanpa pengetahuannya yang menjadi punca dia bertindak ganas ketika di Balai Polis Kota Damansara pada 11 Januari.

Dalam kejadian itu, Farid didakwa menampar anggota polis trafik serta orang awam yang membawanya ke balai berkenaan.

Harap dua artis beri kerjasama…

 

SEORANG daripada penyanyi dikenali sebagai Osh dari kumpulan nasyid Firdaus sudah dapat dihubungi menerusi peguamnya yang memaklumkan akan hadir di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya bagi dirakamkan percakapan berhubung laporan dibuat Datuk Farid Kamil, 31 Januari lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat berkata, setakat petang ini hanya penyanyi berkenaan menerusi peguamnya memberi maklum balas positif dan seorang lagi penyanyi iaitu Taj dari kumpulan Innuendo masih gagal dihubungi.

Katanya, menerusi percakapan dengan peguam mewakili Osh, artis itu akan datang dalam waktu terdekat.

“Setakat petang ini, hanya Osh sahaja yang dapat dihubungi menerusi percakapan dengan peguamnya.

“Manakala seorang lagi artis masih gagal dihubungi,” katanya ketika ditemui pada Majlis Penutup Karnival Sukan Piala Ketua Polis Negara 2017 di Stadium Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MBPJ) petang tadi.

 

Bagaimanapun, Fadzil berkata, pihaknya berharap agar Osh serta peguamnya dapat menunaikan janjinya itu dan tidak berdolak-dalih.

“Diharapkan individu berkenaan termasuk yang tidak dihubungi itu dapat menghadirkan diri bagi memberi keterangan berhubung kes itu dalam masa terdekat,” katanya.

Kelmarin, pada 11 malam, pelakon Sofi Jikan ditahan polis selepas positif mengambil dadah jenis ganja sebaik selesai memberi keterangan di Balai Polis Mutiara Damansara berhubung laporan Datuk Farid Kamil.

Malah, semalam pelakon itu direman selama tiga hari bermula semalam berhubung kesalahan memasukkan dadah ke dalam badan.

 

sumber

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *