Perghhh..Memang Win..!!! Nukilan PADU Pengarah Terkenal Negara, ERMA FATIMA Buat Semua Sentap & Terkedu!

Artis Mahupun Tidak, Nukilan ERMA FATIMA Ini Patut Dijadikan Landasan Hidup! Memang Padu Apa Yang Dikatakan.
Status yang dikongsikan pengarah terkenal negara, Erma Fatima.

Mengakui terkesan dengan hal itu, Erma turut merasai betapa sukarnya membawa gelaran anak seni memandangkan setiap gerak-geri artis menjadi perhatian khalayak.

Tulis Erma dalam Instagram miliknya,

================

 

 

 

“Orang seni ni halus jiwanya. Mudah tersentuh, mudah juga rosak jiwanya. Orang seni juga mudah absorb. Bukan saja karakter yang dilakonkan tapi juga persekitaran. Orang seni juga paling mudah terdedah pada musuh utama iaitu RIAK dan SOMBONG.

Kerana POPULARITI mampu merubah kita. Orang seni itu sepi.. jiwanya terisi hanya di lokasi. Kerana di lokasi itu mereka dikelilingi dengan jiwa-jiwa seni lain yang berperang untuk hidup. Setelah mereka pulang, mereka akan bertemu lagi dengan kesepian dan kekosongan.

Dan kerana hatinya rapuh maka kesepian dan kekosongan itu mudah terisi dengan sesuatu yang disangka mampu mengisi kesepiannya itu tanpa mengetahui yang SESUATU itulah yang akan MEROSAKKAN jiwanya. Akhirnya dia akan berperang dengan EMOSI yang telah dirosakkan oleh sesuatu itu. Ketika itu dia akan menjadi KELIRU. Kehalusan jiwanya makin RAPUH.

 

 

Kerana itu orang seni kena berdamping dengan IMAN sebelum NAFSU menguasai IMAN.

Dari mana IMAN itu? Carilah pada RUKUN IMAN. Hanya IMAN mampu menjadi DOKTOR yang merawat JIWA-JIWA kita yang halus dan rapuh ini. Bukan clubbing, BUKAN alkohol, BUKAN DADAH, BUKAN ilmu yang lebih mengelirukan, bukan juga kawan-kawan.

Orang seni pilihan Allah. Hargailah bakat yang dikurniakan pada kita kerana ada berjuta manusia yang ingin jadi seperti kita. JANGAN ROSAKKAN KURNIAAN itu hanya kerana kita lupa mendampingi IMAN. Semoga Allah melindungi semua sahabat seni aku dari kerapuhan itu. Amin”

 

 

Sebagai orang lama yang telah berkecimpung dalam industri seni, nasihat Erma Fatima ini wajar dijadikan panduan. Setinggi mana pun darjat dan kekayaan, kembalilah kepada fitrah hidup. Dunia ini bukan tempat untuk berhibur semata-mata sebaliknya ada agenda yang perlu dipatuhi demi kehidupan hakiki kelak.

6 RUKUN IMAN

Iman membawa erti kepercayaan. Sebagai umat Islam, selain mematuhi lima rukun Islam, enam perkara yang dinyatakan dalam rukun iman ini juga wajib dijadikan landasan hidup. Penting agar tidak terpesong dan terjebak ke kancah yang dimurkai Allah.

Beriman kepada Allah
Wajib percaya Allah itu ada dan menciptakan alam semesta dan isinya. Dia yang telah menghidupkan dan mematikan semua makhluk dan tiada kekuasaan lain mampu mengatasi kuasanya.

Beriman kepada Malaikat
Makhluk Allah yang diciptakan daripada Nur (cahaya) dan boleh berubah bentuk. Tiada jantina dan sangat patuh dan taat terhadap perintah Allah. 10 malaikat wajib diketahui adalah Jibril, Mikael, Israfil, Izrail, Mungkar, Nangkir, Raqib, Atid, Malik, Ridwan.

Beriman kepada Rasul
Utusan Allah yang membawa manusia ke jalan benar agar nikmati hidup bahagia di dunia dan akhirat. Malah, wajib percaya jumlah Nabi yang diangkat menjadi rasul adalah 25 orang.

Beriman kepada Kitab
Allah telah menurunkan wahyu iaitu kitab suci melalui malaikat Jibril kepada para nabi untuk disampaikan kepada umat tentang pedoman hidup. Kitab inilah yang memastikan kita tidak tersesat selamanya. 4 kitab yang diturunkan Allah ialah Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

Beriman kepada Hari Kiamat
Hari pembalasan yang akan dipertimbangkan segala amalan dan kejahatan yang dilaukan selama berada di dunia.

Beriman kepada Qada dan Qadar
Menyakini dan percaya semua yang berlaku dalam alam ini ditentu dan telah ditetapkan oleh Allah SWT. Allah mengetahui akan segala perkara yang telah terjadi, sedang terjadi dan yang belum terjadi.

Erma Fatima Azam Baiki Ibadat

Erma azam untuk baiki ibadat dan tidur yang cukup pada tahun 2018.

 

 

PETALING JAYA: Menjelang tahun 2018, penerbit dan pengarah Erma Fatima berazam untuk memperbaiki ibadat yang sering terabai akibat terlalu leka dengan komitmen kerja.

Erma atau nama sebenarnya Fatimah Rahmad, 49, berharap dapat melawan sifat malas yang sering melengahkan solat mengikut ketetapan waktu.

“Terlalu banyak ibadat terabai kerana kerja dunia. Ya Allah, ampunilah aku.. Kurniakan kepada aku keteguhan dan kekuatan iman agar dapat aku menjalani ibadatku kepadamu mengikut ketetapan waktu.

“Kurniakan aku kekuatan agar dapat aku melawan segala bisikan syaitan yang tak jemu-jemu menghembus sifat malas dan melengahkan solat dalam diriku,” katanya.

Erma berkata demikian menerusi Instagram miliknya dengan menyifatkan tahun 2017 meninggalkan banyak kenangan pahit dan manis buat dirinya.

Dalam pada itu, dia juga berazam untuk mengubah masa tidur demi kesihatan dirinya.

 

 

Katanya, kesibukan terhadap kerja membuatkan dia kurang rehat dan hanya tidur beberapa jam sehari.

“Aku akan pastikan 2018 akan merubah sistem hidupku yang huru-hara. Tidur lepas Subuh… Dua hingga tiga jam sehari. Aku harus pastikan aku tidur sebelum jam 12 malam supaya kesihatan terjamin.

“Setidak-tidaknya, aku dapat hidup lama sikit untuk menyelesaikan segala tanggungjawab aku yang tersisa,” katanya.

Pelakon yang dikenali dengan watak Mak Cun ini juga memberitahu tanggungjawabnya terhadap keluarga semakin besar selepas berpisah dengan suami iaitu Bade Azmi pada 17 Ogos lalu selepas 26 tahun berumah tangga.

Selain itu, tambahnya, dia juga berjanji untuk tidak membeli barangan berjenama mewah yang hanya membuatkan seseorang itu menjadi riyak.

“Inilah alatan masa kini yang akan menjadikan kita riak! Saya berikrar tidak akan membeli beg, kasut dan sebagainya yang berjenama selepas ini, kecuali Adidas dan Nike kerana ia adalah kasut harianku.

 

“Tiada lagi barangan berjenama… Tiada lagi pembaziran!” tulisnya.

 

sumber

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *