(Video) Masih Ingat Lagi Dengan Bobo Yang Pernah Viral Dengan Video Parodi Suatu Masa Dulu..!! Inilah Wajah Terkini Beliau Setelah Bergelar Artis..

Korang masing ingat lagi tak di awal tahun 2013, lagu sayang menjadi satu fenomena yang sangat hebat kerana keberanian seorang remaja lelaki yang menari mengikut rentak lagu ini?

Gelekan bertenaga serta goyangan kepala yang agak laju membuatkan ramai yang menonton semakin teruja.

 

 

Masih tak ingat? Ini dia videonya

 

 

Mesti korang ingat kan? Kalau ikutkan Bobo antara Insta Famous yang terawal menguasai dunia parody di Media Sosial sehinggakan Shae penyanyi asal lagi Sayang ini turut terhibur melihat lip sing Bobo.

Bukan itu sahaja, selepas melakukan beberapa video parodi, Bobo telah diberi peluang menjadi salah seorang selebriti di bawah naungan Metrowealth International Group MIG.

 

 

Malah, Bobo turut pernah melibatkan diri dalam iklan produk kecantikan bersama Asyalliee suatu masa dahulu.
Namun selepas itu perjalanan Bobo agak perlahan, tambah pula sekarang semua orang suka membuat parody sehinggakan lama-kelamaan dirinya menghilangkan diri seketika.

Entah kenapa tiba-tiba MH teringat tentang Bobo, apa khabar dia? Nampaknya semua akaun media sosialnya yang pernah popular suatu masa dahulu tidak lagi digunakan.
Tetapi kami tidak berputus asa terus mencari dan akhirnya telah jumpa satu akaun yang dipercayai milik Bobo.

Perghhhh nampaknya Bobo semakin kurus dan handsome selepas membawa diri dari industri…
Mengikut pemerhatian MH Bobo kelihatan sungguh bahagia di kelilingi oleh rakan-rakan terdekatnya.

Sesekali Bobo rajin juga membuat parody.

Okay tak nak cakap banyak, korang tengok sendiri video-video yang pernah diparodikan oleh Bobo dan gambar-gambar Bobo yang terkini!

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

SIAPA tidak kenal dengan Bobo? Aksi parodinya menerusi lagu Sayang (Shae) yang dimuatkan menerusi YouTube telah mendapat tontonan sehingga 1 juta penonton.

Berjaya mencetuskan fenomena tersendiri, maka tidak hairanlah jejaka hitam manis ini menerima tawaran untuk menyertai produksi terkenal, MIG.

Bagaimanapun, kemunculannya bersama video parodi terbaru, Jahat nyanyian Stacy, menimbulkan rasa kurang senang segelintir pihak sehingga ada yang menuduhnya gila.

Menerusi Zass, Bobo menganggap tuduhan seperti itu adalah perkara biasa di alam siber. Malah dia sedia menerima apa juga kritikan selepas ini.

“Apa yang ingin saya tegaskan, saya bukan gila. Saya hanya mengikut kesesuaian rentak muzik Jahat yang rancak dan ia mungkin nampak tidak siuman

 

“Apa-apa pun, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada peminat dan pengkritik yang banyak membantu saya,” katanya yang turut popular menerusi aksi parodi Diamond (Rihanna),

Akui teruja menyertai produksi milik tauke terkenal, David Teo, Bobo berkata, dia baru sahaja selesai menjalani penggambaran filem sulungnya, ‘Awak Nak Kahwin Dengan Saya’.

“Walaupun hanya muncul dalam dua babak sahaja kerana saya masih baru dalam dunia lakonan.

“Lagipun saya lebih menumpukan kepada video parodi buat masa ini,” kata Bobo yang berlakon di samping Erin Malek dalam filem itu.

 

sumber

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *