Win !! “I Nak Isteri Hidung Macam Neelofa, Senyum Macam Wani Hasrita”– Azwan Ali

Ketika ini, pengacara popular Azwan Ali sedang sibuk berkempen untuk menjatuhkan abangnya Azmin Ali sebagai Menteri Besar Selangor.
Azwan Ali juga mahu bertanding menentang abangnya itu di DUN Bukit Antarabangsa.

Malah sekiranya, PM Najib Razak memberi green light untuk dia menjadi wakil, Azwan Ali sanggup berpuasa selama 6 bulan atau setengah tahun.

Azwan Ali telah ditemuramah secara live, kata Azwan Ali, walaupun dia tidak dipilih sebagai wakil rakyat, dia tetap akan menentang abangnya sehabis-habisan.

Azwan Ali juga berkata dia hanya bergurau dengan mengatakan berpuasa selama 6 bulan jika dipilih kerana sedar bahawa PM Najib mempunyai banyak lagi wakil lain utnuk menentang Azmin Ali.

Pengacara ini berkata dia layak menentang Azmin Ali kerana tahu segala-galanya tentang abangnya itu. Azwan Ali akui perjuangannya sememangnya berbau kekeluargaan.

Azwan Ali mempunyai bukti kukuh siapa Azmin Ali sebenarnya.

Selain isu politik, ada yang bertanya bila Azwan Ali mahu berkahwin?+

 

Ini memang soalan yang dinanti oleh orang ramai.

Ini jawapan dari pengacara ini.

“Ada yang tanya kahwin, I nak cari isteri, hidung macam Neelofa, senyum macam Wani Hasrita, manis… oh angin (sambil nyanyi)

“Sebenarnya saya dah 52 tahun, saya rasa Karangkraf jadi media rasmi, kita kahwin dalam ni sahaja

“Tak gurau je, saya harap pelayar-pelayar tahu saya macam mana, kalau saya tak kahwin sampai saya mati tak apalah itu part saya”

“Maknanya Allah dah takdir saya macam itu, tak ada keluarga tak ada anak, itu tak jadi isu, saya redha dan saya pasrah.”

Itulah jawapan Azwan Ali apabila ditanya tentang perkahwinan. Apapun semoga ada jodoh untuk Azwan Ali.

Sila tonton video ini

 

Fuhhh…Memang Respek..!!! Sering Kongsi Gambar Mesra, Erra & Abby membuat netizen Kagum..!!

KEBIASAANNYA JIKA PASANGAN SUAMI ISTERI ITU SUDAH BERPISAH, PASTI HUBUNGAN YANG TERJALIN AKAN TERPUTUS BEGITU SAHAJA. TAPI TIDAK BAGI PRIMADONA NEGARA, IAITU ERRA FAZIRA.

 

 

Sejak minggu lalu, sering kita melihat gambar mesra antara Erra dengan isteri bekas suaminya, Engku Emran, iaitu Laudya Cynthia Bella.

 

 

Disebabkan kemesraan mereka itu, ramai netizen memuji sikap Erra yang matang meskipun telah bercerai dengan Engku Emran sejak 2014 yang lalu.

 

 

Mereka berdua bagaikan sahabat baik yang tidak boleh berenggang.

Ramai netizen gembira melihat kemesraan yang ditunjukkan oleh kedua-dua wanita itu. Mereka bagaikan ‘merestui’ serta menjadikan hubungan baik kedua-dua selebriti itu sebagai perkara baik yang perlu dicontohi oleh pasangan yang lain.

Dalam masa yang sama, Bella juga turut terkejut kerana dia tidak menyangka bahawa ramai peminat mengikuti perkembangan mereka dan turut gembira dengan respon positif yang diberikan.

 

 

“Masya-ALLAH, mereka (peminat) suka? (ketawa). Alhamdulillah, saya memang sangat menjaga hubungan silaturahim ini. Lagipun, saya pula tiada teman yang ramai di sini,” katanya dipetik daripada Sinar Harian.

Pelakon yang popula menerusi filem Syurga Yang Tak Dirindukan itu turut menganggap Erra sebagai kakaknya sendiri.

“Hubungan kami bagai adik dan kakak. Lagipun, Erra adalah emak Aleesya dan dia juga memanggil saya Bunda.

“Alhamdulillah, saya bersyukur kerana saya punya teman untuk saling berkongsi cerita mengenai apa saja. Itu yang membuat kami semakin rapat,” ujarnya lagi.

 

 

Apa yang lebih menggembirakan ialah, Bella dikatakan telah bersiap sedia jika menerima tawaran berlakon bersama dengan Erra walaupun kini dia masih lagi belum merancang untuk terus aktif di Malaysia.

“Saya sedar posisi Erra di sini sebagai pelakon terkenal bahkan saya ada juga menjadikannya sebagai rujukan.

“Tapi, hubungan rapat kami lebih bersifat peribadi dan bukannya mengenai soal kerjaya.

“Lagipun, saya masih belum merancang untuk bekerja di sini. Insya-ALLAH, kalau umur panjang dan ceritanya bagus saya tak kisah untuk berlakon bersama,” tambah pelakon yang berusia 28 tahun itu.

 

 

 

Selain Erra, pelakon Abby Abadi juga disifatkan sebagai wanita yang hebat selepas dia telah menerima baik hubungan antara bekas suaminya, Norman Hakim bersama dengan pelakon cantik jelita, Memey Suhaiza.

Bahkan, kedua-dua keluarga itu juga sering beriadah bersama beramai-ramai selepas Abby turut mendirikan rumah tangga dengan suami baharunya, Faizal Zakaria.

 

Tak semestinya lepas dah berpisah kena bergaduh kan? Kalau dulu pernah ada rasa sayang, kenapa sekarang kena terus membenci.

 

sumber

INILAH WAJAH SEBENAR PUTERI NUR, SATU-SATUNYA MANUSIA KACUKAN BUNIAN

Puteri Nur Dikatakan Mempunya darah kacukan dari nendanya dan merupakan satu-satunya manusia berkacukan bunian. Melalui siaran yang TV9 dia menyatakan bertemu dengan nendanya di alam mimpi dan diberitahu dia adalah waris sah kerajaan nendanya satu hari nanti.

Menurut laman blog BELANTARATUJUH, Puteri Nur bakal mewarisi takhta nendanya. Takhtanya berupa seperti pelamin Jawa bertatahkan batu-batu permata delima, zamrud yang bentuknya tidak seperti di dunia nyata.

Lantai takhtanya kaca. Sepatu diraja Puteri Nur dibuat daripada sejenis logam seperti besi tetapi bukan besi. Puteri Nur sendiri tak faham ia dari apa.Mahkota Bunian berwarna tembaga dan bentuk berbeza mengikut usia mereka. Saiz mahkota tersebut juga berbeza, mengikut umur mereka. Ibarat tanduk rusa yang tumbuh.

Yang manusia tarik seperti yang kita baca dan lihat di internet tu bukan mahkota Bunian sebenar. Tu semua kerja jin-jin kafir yang nak sesatkan manusia dan aniaya Bunian. Bukan harta Bunian! Bunian tak bagi harta pada manusia. Untuk apa nak bagi manusia harta? Harta Bunian kalau dibawa ke dunia nyata akan menyakitkan mereka jika bukan diserahkan kepada waris.

Bagi Bunian, untuk apa bagi harta? “Sedangkan kami tahu harta itu akan hanya menyesatkan dan membawa kepada pertelingkahan”, kata Puteri Nur.

Inilah Senarai 8 Artis Perempuan Malaysia Yang Paling Seksi Di Instagram.. No 8 Boleh Buat Berdarah Hidung..!!

Siapa yang dapat menyangka yang selain daripada artis dari Indonesia, rupa-rupanya, artis wanita di Malaysia pun boleh tahan seksinya.

Mungkin ramai yang menafikan perkara ini, tetapi hakikatnya, action is louder than word.

Berikut merupakan senarai artis-artis buatan tempatan yang paling seksi di Instagram.

1. Kila Fairy

2. Izara Aishah

3. Tasha Shila

4. Uqasha Senrose

5. Sharifah Sakinah

6. Nora Danish

7. Siti Saleha

8. Nur Sajat

Suami Isteri Murtad .Baca Cerita diSebalik kejadian ini Buat Netizen Terkesima..

Sebelum ini kecoh apabila pasangan suami isteri yang dikenali sebagai Sharifah Farlearton Fadil dan suaminya Mohd Yusri Bin Mohd Yusof telah keluar dari Islam pada tahun yang lalu.

Malah, mereka turut mengumumkan bahawa mereka murtad di laman Facebook masing-masing. Tetapi yang membangkitkan kemarahan orang ramai apabila mereka sering menghina agama Islam.

Disebabkan tidak sanggup melihat mereka sesat, akhirnya adik kepada Yusri telah membuat laporan kepada JAWI. Malah, kini pihak mereka sedang mengambil tindakan sewajarnya.

Berikut kronologi murtadnya pasangan Yusri dan Sharifah Farlearton.

Yusri merupakan bekas pelajar SMKA Al-Mashoor (L) dan pernah tinggal di asrama manakala pada 1995 sehingga 1998, beliau berlajar di ITM Segamat dalam bidang Diploma Perakaunan.

Latar belakang Sharifah Farlearton, berasal dari Teluk Kumbar PP. mempunyai 3 adik beradik, dia adalah yang sulong, bersekolah di SMK Teluk Kumbar. Pernah ditangkap semasa sekolah mempunyai tato salib di badan. Berkawan dengan seorang Chinese Kristian dari Balik Pulau.

Pernah ditangkap sebagai suspek utama penyebaran risalah kristian sekitar Teluk Kumbar. Tetapi kes ditutup kerana dia berkahwin dengan Yusri.

Selepas berkahwin, Yusri dapat keja di Jab Penjara di P.Pinang sehingga dinaikkan pangkat ke Inspektor Penjara. Berpindah ke Penjara Sg Petani selepas dinaikkan pangkat sehingga anak ke 4.

Isterinya tak bekerja tetapi telah beberapa kali membuka perniagaan sepertt kedai makan, kedai buku, Butik & SPA di Sg Petani. Tetapi semua separuh jalan.

Yusri Pernah buat loan dengan Bank Rakyat dan jumlah tunggakkan sehingga sekarang melebihi RM200,000 tidak berbayar. Dan sering meminta bantuan kewangan dari keluarga kedua belah pihak. Termasuk dengan kawan dia bekas pelajar sekolahnya.

Dapat tawaran kerja di MMC Gamuda KVMRT (PDP) Sdn Bhd Selangor sebagai Senior Executives pada Oct 2012. Graduate pada Ogos 2014 dr Open Universiti Malaysia, Executive Master Business Administration in Corporate Mgmt.

Menurut keluarga, semasa di Sg Petani tiada apa2 tanpa mereka terpengaruh dgn ajaran Kristian.

Sehingga Dec 2015 mak mertua Yusri dan adik ipar pergi melawat Yusri sekeluarga di Cheras, dapati mereka membela anjing di rumah atas alasan untuk menjaga keluarga mereka kerana Lea sering sakit kerana buatan orang.

Mertua Yusri memaklumkan kepada keluarga Yusri dan mereke turut pergi melawat pada bulan yang sama. Tetapi tiada anjing di rumah. Apabila ditanya Yusri menyatakan mereka menukar mazhab ke mazhab Hambali.

Bulan Jan 2016 setelah didesak oleh adik ke 2 Lea dia mengaku telah menukar agama ke Kristian. Adiknya membuat laporan secara email ke JAWI disusuli whatsapp dgn Ustazah Fauziah dari JAWI. Ustazah Fauziah telah membawa kes ini ke JAIS kerana dibawah bidangkuasa JAIS, dan pihak JAIS membawa kes ni ke Pejabat Mufti Selangor.

Pengakuan terbuka dibuat oleh Yusri di FB pada 6 Feb 2016 secara “public” yg menyatakan dia sekarang adalah Christian, Jesus adalah tuhan dia.

Disusuli pengakuan secara personal dan group whatsapp olehnya kpd beberapa org rakan dan group whatsapp bekas pelajar Al Mashoor.

Isterinya mengaku telah menukar agama melalui FB sejak Jun 2015 seminggu sebelum Ramadhan dan masih duduk sebumbung dengan Yusri dan anak2 walaupun mereka belum menukar agama.

Dia jugak mengaku sanggup kehilangan suami dan anak2 demi agama barunya itu.Sejak pengakuan terbuka oleh Yusri itu. Dia dan Isterinya sering menghina Islam melalui FB.

Menurut Lea, dia kini telah berhijrah ke Melbourne, Australia, bersama-sama suami dan anak-anaknya setelah mendapat ancaman dari keluarga, rakan-rakan serta masyarakat.

Ditanya mengapa memilih untuk murtad, Lea mendakwa kerana membenci orang munafik yang menggunakan agama.

“Impian saya dulu nak jadi ustazah. Tapi silap orang tua saya, dia orang halang impian saya hanya kerana manusia bernama Melayu yang penuh hasad dengki.

“Saya pergi sekolah dan kelas mengaji macam budak biasa, tapi masa umur saya 15 tahun, saya beberapa kali diraba tok guru lelaki tempat saya mengaji al-Quran.

“Sehingga kini, hanya suami dan kawan rapat saya saja tahu. Saya antara yang diminta tok guru bantu dia mengajar adik-adik lain membaca al-quran.

“Ditambah pulak dengan Muslim yang sekarang tak mengamalkan cara hidup Islam pun. Saya faham tu impian saya sangat besar dulu,”katanya.

WOW..!!! APA ITU KL11..?? INILAH BAKAL BANGUNAN TERTINGGI MALAYSIA MENGGANTIKAN KLCC

Dalam masa 2 tahun akan datang, bangunan ikonik Menara Berkembar Petronas (KLCC) bukan lagi bangunan tertinggi di Malaysia sementelah sebuah menara baru yang gah diberi nama KL118 dijangka siap dibina menjelang tahun 2020. Bagi yang belum mengetahui, KL118 yang juga dipanggil Merdeka PNB 118 atau nama asalnya, Warisan Merdeka merupakan sebuah bangunan pencakar langit terbaru negara kita dengan 118 tingkat dan berketinggian 682 meter (2238 kaki) yang masih lagi dalam proses pembinaan di Kuala Lumpur.

 

 

Latar belakang
KL118 dimiliki dan dibiayai oleh Permodalan Nasional Berhad (PNB) selaku ketua projek pembangunan megastruktur tempatan yang menelan belanja kira-kira RM5 bilion. Setelah siap iaitu dijangkakan pada tahun 2019, KL118 bakal menjadi bangunan tertinggi di Malaysia menggantikan KLCC dan bangunan ketiga tertingggi di dunia pada ketika itu.

Bukan itu sahaja, KL118 juga berkeluasan 400,000 meter persegi (4,300,000 kaki persegi) yang terdiri daripada ruang kediaman, hotel dan tempat komersial. Ini sekaligus mengalahkan KLCC yang berketinggian 451.9 meter dan mempunyai 88 tingkat.

KL118 bakal mempunyai 100 tingkat yang ditawarkan untuk sewaan yang terdiri dari 80 tingkat kawasan pejabat, 12 tingkat bilik hotel, 5 tingkat penginapan hotel dan pusat perniagaan runcit. Manakala kawasan lain termasuk lif, kemudahan rekreasi dan penyelenggaraan serta kawasan parkir yang mampu menampung sehingga 5000 buah kereta. Selain itu, 60 daripada 80 tingkat untuk kawasan pejabat akan dikhususkan kepada PNB selaku pembangun projek dan anak syarikat.

 

 

KL118 dibina di Petaling Hill, sebuah bukit berketumpatan rendah menghala tenggara bandar lama Kuala Lumpur yang cukup bersejarah iaitu lokasi yang sama dengan Taman Merdeka yang kemudiannya dibuka semula sebagai sebuah kawasan letak kereta terbuka. Tapak projek ini bertempat sekitar beberapa bangunan mercu tanda bersejarah dengan sedikit pembangunan moden iaitu kawasan sukan era kemerdekaan seperti Stadium Merdeka, Stadium Negara dan Staidum Chin Woo; kawasan sekolah pra zaman peperangan seperti Methodist Boys’ School dan Victoria Institution; serta projek Plaza Rakyat yang terbengkalai di seluruh LRT Laluan Ampang. Pembangunan KL118 apabila berjaya disiapkan akan mempunyai akses ke MRT Laluan Sungai Buloh-Kajang yang baru dibina yang digali dibawah hujung selatan bandar lama Kuala Lumpur.

 

 

Reka bentuk
KL118 dibina untuk mewujudkan sebuah lagi mercu tanda baru Kuala Lumpur sebagai ibu negara Malaysia. Bahkan, rekaannya menyerupai bentuk tangan kanan Tunku Abdul Rahman yang terbuka sewaktu pengumuman Merdeka sebagai tanda simbol keamanan bagi negara kita yang bertungkus-lumus untuk mengecapi kemerdekaan. Secara asasnya, KL118 bakal menempatkan sebuah pusat beli-belah, pejabat serta kawasan kediaman.

 

 

Perkembangan
Kerja-kerja pencerucukan dan pembinaan asas untuk projek KL118 telah diberikan kepada Pintaras Geotechnics Sdn Bhd. PNB juga menyenarai pendek 6 kumpulan untuk pelbagai kerja pembinaan seperti UEM Group Bhd-Samsung, IJM Corp Bhd-Norwest Holdings Sdn Bhd- Shimizu Corp, Malaysian Resources Corp Bhd-China State Construction Engineering Corp, WCT Bhd-Arabtec Construction LLC, TSR Capital Bhd-Daewoo Group dan Seacera Group Bhd-Spaz Sdn Bhd-Sinohydro Corp-Shanghai Construction Group. Syarikat-syarikat ini menghantar bidaan dan mengemukakan tawaran kejututeraan, pemerolehan dan pembinaan mereka pada 28 Januari 2015.

Sementara itu, KONE yang merupakan sebuah kumpulan dari Finland membekalkan sekitar 87 lif dan eskalator bagi projek ini. Pada 23 November 2015, PNB mengumumkan sebuah kontrak bernilai RM3.4 bilion yang dianugerahkan kepada usahasama South Korea’s Samsung C&T dan UEM Group Bhd.

 

 

Tapak pembinaan
Sehingga bulan September 2016, kerja menanam cerucuk KL118 telah siap dilakukan manakala kerja-kerja atas tanah baru hendak bermula. Pada asalnya, KL118 dirancang untuk menjadi sedikit tinggi berbanding Taipei 101 yang mempunyai ketinggian 509 meter. Malah, terdapat juga spekulasi iaitu hanya puncak menara itu dilanjutkan tanpa menambah jumlah lanjut aras kepada struktur jumlah tingkat seperti yang dirancang.

 

 

Kritikan
Pembinaan KL118 mengundang kontroversi apabila terdapat rakyat yang telah mengkritik dengan mendakwa projek tersebut merupakan suatu pembaziran dimana dana RM5 bilion itu boleh disalurkan untuk tujuan lain seperti sektor kesihatan dan pendidikan. Namun begitu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memberi respon terhadap kritikan itu dengan menafikan perkara tersebut dan menegaskan KL118 akan memberi lebih banyak kebaikan kepada negara dengan menjana peluang ekonomi.

Disebalik cemuhan yang diterima, KL118 pastinya akan menjadi sebuah mercu tanda baru Malaysia yang cukup gah dan membanggakan. Justeru, ianya sekaligus mengangkat nama negara setapak lebih tinggi di persada antarabangsa.

 

sumber

TAK SANGKA..!! MASIH INGAT LAGI GADIS 12 TAHUN YANG DICERAIKAN TALAK 3 OLEH SUAMINYA SELEPAS 1 TAHUN BERKAWIN… INILAH YANG TERJADI

Akhbar The Star secara eksklusif mendedahkan bahawa Nur Fazira Saad, gadis berusia 13 tahun yang baru diceraikan baru-baru ini pernah membuat laporan polis pada bulan Julai 2012 sebelum dia berkahwin. Dia melaporkan bahawa dia telah dirogol oleh 3 orang lelaki termasuk bekas suaminya.

 

 

Apa kata Mohd Fahmi Alias, bekas suami Nur Fazira Saad ?

Kami hanya mengadakan hubungan seks selepas berkahwin,

Mohd Fahmi malah mendakwa bekas isterinya menjalin hubungan sulit dengan seorang lelaki dari Kuala Ketil, tiga atau empat bulan sebelum dia menyedarinya.

Rakan-rakan saya yang ada di sana melihat dia (Nor Fazira Saad) begitu mesra dengan seorang lelaki. Dia mengenali lelaki itu ketika bekerja di pekan Padang Serai (dalam daerah Kulim)�

Mohd fahmi memberitau dia menceraikan isterinya kerana tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan walaupun tempoh perkahwinan belum cukup setahun.

 

Kerana tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan, saya membuat keputusan untuk menceraikannya,

Kata Mohd Fahmi, dia menceraikan Nor Fazira dengan talak satu, bukannya tiga seperti yang dihebohkan dalam media. Mohd Fahmi yang berhenti sekolah pada umur 16 tahun dan selepas itu bekerja di ladang kelapa sawit dengan gaji RM1,000 sebulan mengenali Nur Fazira dua bulan sebelum mereka berkahwin.

 

Beberapa dakwaan lain Mohd Fahmi terhadap bekas isteri�.

– biadap terhadap ibu bapa mertua
– tidak pernah memasak
– lari dari rumah setiap kali tidak berpuas hati dengan sesuatu perkara
– berperangai jahat

 

 

 

sumber

PANAS…!!! “BIAR KAU TAYANG LURAH, ASAL KAU BUKAN MURAH”

Terdahulu, Janna Nick pernah dihentam hebat netizen antarabangsa apabila meninggalkan komen berbaur ‘body-shaming’ di Instagram aktres Hollywood, Ruby Rose. Janna malah sudah meminta maaf secara terbuka dan mengakui dia tidak tahu rupanya tidak sopan mengkritik badan orang kerana ianya dianggap penghinaan.

 

 

Namun, dalam kehangatan malam Anugerah Skrin semalam, terselit insiden yang lebih kurang sama, namun majoriti netizen masih tidak menganggap ‘body-shaming’ adalah sesuatu yang serius. Ruangan komen pelakon Uqasha Senrose bertalu-talu ‘dicemari’ dengan komen tidak enak didengar dan boleh diklasifikasi ‘fat-shaming’.

 

 

 

Bentuk badan Uqasha yang kelihatan agak berisi atau mungkin faktor dress dipakainya seolah-olah memberi lesen kepada netizen meninggalkan komen sebegitu. Boleh dikatakan majoriti komen tidak hanya dibuat golongan lelaki, malahan wanita sendiri.

 

 

Macam mak orang, badan pun badak air

 

 

Komen-komen kasar tersebut kemudiannya mendapat perhatian pengikutnya yang lain yang menganggap perlakuan berkenaan tidak sepatutnya berlaku lalu meninggalkan komen yang membela Uqasha dari berterusan diserang sedemikian.

Patut malu dengan ‘body-shaming’

 

 

Kalau adik perempuan atau mak kena macam ni apa rasanya?

 

 

Biar kau tayang lurah, asal kau bukan murah

 

 

Walaupun mendapat ribuan komen bernada sebegini, Uqasha masih tenang dan tidak melatah menjawab komen berkenaan atau menutup fungsi komen, seperti yang dilakukan oleh sesetengah selebriti.

Uqasha juga mendapat kata-kata semangat daripada teman artis lain yang mengingatkannya dia cantik seadanya dan tidak perlu menghiraukan cakap-cakap netizen yang berbentuk penghinaan berkenaan, antaranya Ramona Zamzam dan Catriona Bahrin Ross.

 

Lagi gambar-gambar Uqasha Senrose di Anugerah Skrin 2017

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Dikritik Gemuk Macam Mak Orang, Uqasha Senrose Mengamuk Kata Orang Dengki

Semalam, Uqasha Senrose muncul cantik di Anugerah Skrin 2017. Ramai kata penampilannya seakan-akan penyanyi terkenal Hollywood, Katy Perry.

Wajahnya juga makin berseri-seri sejak bercinta dengan Hefny Sahad. Tetapi ada juga yang mengutuk size badan Uqasha.

Iya lah, Uqasha pun manusia biasa juga. Kalau di ruangan komen penuh dengan kutukan orang ramai mengenai bentuk fizikal, mesti akan mengamuk bukan?

Tidak tahan dengan kutukan netizen, uqasha membalas komen di Instagram.

 

sumber

 

SAYUNYA HATI..!!! “Itu adalah pengalaman paling hiba sepanjang saya menjadi anggota bomba sejak 6 tahun lalu,” – Anggota Bomba Ini Menceritakan Detik Sedihnya Semasa Kebakaran Pusat Tahfiz

SEPERTI kehilangan adik sendiri, kata Rahim Mohd Rashid, seorang daripada enam anggota bomba dan penyelamat yang terawal tiba di lokasi kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Kuala Lumpur, Khamis lalu.

 

“Saya mempunyai adik sebaya mangsa itu. Ketika melihat keadaan mayat mereka, saya berasa terlalu sedih.

“Saya seperti kehilangan adik sendiri ketika itu. Jika tidak bersedih melihat keadaan itu, saya bukan manusia normal,” katanya.

Dia yang ditemui wartawan Harian Metro belum dapat melupakan detik sedih memindahkan mayat mangsa ke dalam plastik hitam.

“Itu adalah pengalaman paling hiba sepanjang saya menjadi anggota bomba sejak enam tahun lalu,” ujarnya yang bertugas di Balai Bomba dan Penyelamat Keramat di Kuala Lumpur.

Dia bersama rakan setugas membawa pengusung ke tingkat tiga bangunan untuk memindahkan mayat mangsa sebaik pasukan forensik selesai menjalankan tugas.

 

“Saya sempat memberi sedekah doa kepada semua nyawa yang terkorban ketika itu dan meneruskan kerja dalam keadaan sedih.

“Saya tidak sangka sama sekali akan berdepan dengan keadaan yang begitu tragik dan pilu,” katanya.

Menurutnya, pada hari berkenaan, dia menyelamatkan dua kanak-kanak dan seorang dewasa selain membawa turun lima mayat mangsa.

“Saya memang bersyukur kerana dapat menyelamatkan mereka yang masih hidup namun pada masa yang sama, terlalu sedih mengenangkan mereka yang terkorban.

 

“Saya minta maaf kepada ahli keluarga mereka kerana gagal menyelamatkan mereka,” katanya.

ANGGOTA Bomba dan Penyelamat membawa keluar mayat mangsa kebakaran pada 14 September lalu. FOTO Mohd Yusni Ariffin

Sementara itu, rakan setugasnya, Mohd Osman Aziz, 25, turut terbayang adiknya yang juga pelajar tahfiz ketika menjalankan tugasnya di lokasi kejadian.

“Saya juga mempunyai adik yang belajar di tahfiz di Terengganu dan membayangkan betapa pilu kehilangan orang tersayang,” katanya.

Beliau juga masih terbayang-bayang jeritan meminta tolong daripada mangsa.

 

“‘Api, api, panas… tolong.’ Itu antara jeritan yang saya dengar sebaik tiba di lokasi kejadian.

“Saya turut melihat mangsa terselamat mengerang kesakitan dengan kesan lecur di luar pagar sebelum saya bersama tiga anggota bomba bersama orang awam mengangkat tangga di tepi tingkap,” katanya ketika ditemui, hari ini.

Katanya, dia melihat seorang pelajar tahfiz mendukung kanak-kanak berusia dua tahun sambil bergayut pada alat pendingin hawa.

“Pelajar itu seolah-olah mahu terjun akibat kepanasan sebelum saya memintanya bersabar dan bergegas mengambil tangga.

“Sebaik tangga dipasang, saya menyelamatkan kanak-kanak itu dengan menuruni tangga,” katanya yang sudah berkhidmat dengan pasukan bomba selama empat tahun.

 

Menurutnya, dia kemudian menaiki semula tangga dan menemui tiga lagi kanak-kanak perempuan yang kelihatan ketakutan sebelum membawa mereka turun.

“Ketika itu api cukup marak. Saya melihat seorang ustaz menendang pintu untuk memasuki bangunan terbakar bagaimanapun gagal.

“Sebaik semua pasukan bomba tiba di lokasi, api berjaya dipadamkan sebelum saya ke tingkat tiga untuk melihat mangsa,” katanya.

Menurutnya, dia yang melihat keadaan mayat mangsa tidak dapat menahan kesedihan.

“Saya terus melaungkan ‘Allahuakbar’ sekuat hati, tiada apa yang dapat menggambarkan perasaan saya yang begitu sayu dan pilu kerana tidak dapat menyelamatkan mereka.

 

“Terus terang saya katakan, terbit kekesalan dalam hati kerana gagal menyelamatkan mereka, minta maaf kepada keluarga mangsa,” katanya yang berasal dari Kemaman, Terengganu.

Dalam kejadian Khamis lalu, 21 pelajar dan dua guru terkorban manakala tujuh cedera.

Susulan kejadian, tujuh remaja disyaki terbabit dalam perbuatan khianat membakar pusat tahfiz tersebut ditahan reman.

 

sumber